EPL

Pertama! Ronaldo catat jumlah 400 juta pengikut di Instagram


BINTANG sensasi Portugal dan Manchester United, Cristiano Ronaldo kini muncul individu pertama di dunia yang mempunyai 400 juta pengikut di laman sosial Instagram.

Ronaldo, 37 sememangnya dikenali sebagai pemain yang berbakat dan aksinya sering menjadi tumpuan selain aktiviti luar padang beliau yang turut diberi perhatian netizen.

Dia terkenal dengan sikap pemurah dan suka menderma di luar padang dan ini membantu Ronaldo dikenali oleh pelbagai kalangan tidak kira penyokong bola sepak, wanita mahupun kanak-kanak.

Antara yang menarik perhatian adalah jumlah pengikut media sosial kesemua 20 pasukan yang bertanding di Liga Perdana Inggeris hanyalah berjumlah 200 juta, separuh dari jumlah pengikut Ronaldo.

Meninjau kepada hantaran yang sering dimuat naik oleh Ronaldo, ia banyak menggambarkan rejim latihan, aktiviti dan percutian bersama keluarga dan juga kejayaan beliau memenangi piala demi piala bersama pasukan yang disertai.

Kejayaan mencapai angka 400 juta pengikut di Instagram ini bolehlah dikatakan sebagai hadiah hari jadinya yang ke-37 yang disambut pada 5 Februari lalu disambut bersama-sama keluarganya.

Menurut Instagram, hanya dua pemain bola sepak dunia yang menduduki tangga 10 pengikut terbanyak dengan Ronaldo di tangga pertama manakala bintang Argentina, Lionel Messi ketiga dengan 300 juta pengikut.

Populariti Ronaldo mula meningkat selepas dia menyertai Manchester United pada 2003 selepas memulakan karier di Sporting CP dan kemudiannya melebarkan sayap ke Real Madrid, Juventus sebelum kembali semula ke Manchester United musim panas lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading