
CHERATING Surf Festival menutup tirainya penuh bergaya dengan menampilkan pemenang-pemenang yang mencatat keputusan cemerlang dalam akhir pada Ahad.
Dianjurkan oleh Cherating Surf Club dengan sokongan bersama Persatuan Luncur Ombak Malaysia (PLOM) menyaksikan acara Man Shortboard dimenangi Didaq Musadiq dengan mencatat markah tertinggi iaitu 12.5 mata, diikuti rapat oleh Haikal (12.1), Hafiz (11.8) dan tempat keempat Waqi dengan 7.5 mata.
Bagi acara Woman Shortboard dan Longboard Qadeja Musadiq dinobatkan juara dalam kedua-dua kategori ini.
Acara Gromet (B-16 tahun) pula dikuasai Anil Iskandar Nazri dengan mengumpul 8.6 mata dan acara Bodyboard pula dimenangi Syed El Hussien Syed Atikullah.

Mohd Nazrin Nasaruddin dipilih sebagai pemenang ‘Best Trick’.
Selain menerima hadiah wang tunai, baucar tunai dan produk daripada penaja bernilai sehingga RM 20,000 pemenang-pemenang dalam setiap kategori akan dikreditkan mata untuk melayakkan diri pemilihan ke pasukan negara untuk mewakili negara dalam acara antarabangsa seperti Sukan Pantai Asia dan Sukan SEA.






Add Comment