Lain-Lain

60 peserta berentap dalam aksi akhir Cherating Surf Festival


Aksi salah seorang peserta Mohd Nor Afiq Haikal pada hari pertama Cherating Surf Festival.

PENYERTAAN yang menggalakkan pada Cherating Surf Festival dengan mengumpul 126 orang peserta keseluruhnnya pada aksi pertama di Cherating, Sabtu.

Jumlah itu sekaligus melebihi sasaran awal pihak penganjur yang menganggar 80-100 orang peserta sahaja, dan ianya sesuatu pencapaian positif bagi Cherating Surf Club yang julung kalinya mengadakan pertandingan ini.

Apa yang pasti, pertandingan akhir dan penentuan pemenang bakal berlangsung esok (Ahad) dengan menyaksikan 60 peserta dalam enam kategori berentap mengumpul mata terbaik.

Bagi kategori Shortboard Terbuka Lelaki seramai 20 peluncur bakal menunjukkan aksi lebih terbaik menyusuri ombak panjang di Cherating manakala kategori Shortboard Terbuka Wanita, Longboard Terbuka Lelaki, Longboard Wanita Terbuka, Shortboard Gromet (bawah 16 tahun) dan Papan Badan Terbuka masing-masing lapan orang finalis.

Selain menerima hadiah wang tunai, baucar tunai dan produk daripada penaja bernilai sehingga RM 20,000 pemenang-pemenang dalam setiap kategori akan dikreditkan mata untuk melayakkan diri pemilihan ke pasukan negara untuk mewakili negara dalam acara antarabangsa seperti Sukan Pantai Asia dan Sukan SEA.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: