Lain-Lain

Mun Yee, Abdul Latif kini bergelar Datuk


Mun Yee berkongsi gambarnya bersama Abdul Latif di Instastorynya pagi ini.

Oleh: JJFIRDAUS

BEKAS  atlet terjun, Leong Mun Yee dan atlet lompat jauh para negara, Abdul Latif Romly kini bergelar Datuk selepas menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) dalam satu istiadat di Istana Negara.

Kedua-dua atlet ini kelihatan segak dan jelita dalam pakaian istiadat untuk menerima pingat dari Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Mun Yee yang baru mengumumkan persaraan beliau baru-baru ini telah mewakili Malaysia sebanyak lima kali di Sukan Olimpik bermula dari edisi 2000 di Sydney dan berakhir di edisi 2020 di Tokyo.

Selain itu, atlet kelahiran Perak ini juga berjaya merangkul satu pingat Perak dan dua pingat gangsa masing-masing di temasya Sukan Komanwel New Delhi 2010 dan Sukan Komanwel Gold Coast 2018.

Mun Yee dan Abdul Latif kelihatan  cantik dan segak kelihatan segak dan jelita dalam pakaian istiadat pada Selasa. Foto: TeamMalaysia

Rekod Mun Yee di Sukan Asia juga baik dengan berjaya meraih 2 perak dan lima gangsa menerusi lima edisi bermula di Busan pada 2002 hingga ke Jakarta-Palembang 2018 dalam acara 3m dan 10m platform.

Mun Yee adalah ratu terjun Asia Tenggara dengan rekod 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa dalam 10 penampilan di Sukan Sea bermula dari edisi di Brunei pada 1999 ketika berusia 15 tahun.

Abdul Latif Romly pula mengharumkan nama negara menerusi acara lompat jauh para T20 dan berjaya memenangi dua pingat emas di Temasya Paralimpik di Rio De Janeiro 2016 dan Parlimpik Tokyo 2020.

Atlet berusia 25 tahun dari Kangar, Perlis ini juga adalah pemegang rekod dunia bagi acara beliau tandingi dengan jarak lompatan 7.45 meter dan juga juara Sukan Para Asean dan Sukan Para Asia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading