Bola Sepak

Stadium KLFA bakal dapat nama baharu?


Stadium KLFA dikhabarkan akan ada penjenamaan baharu.

Oleh: MOHD FARIQ

STADIUM Kuala Lumpur (KLFA)  di Cheras dikhabarkan bakal dijenamakan baharu mengikut nama sebuah farmasi terkemuka negara.

Ia bakal menjadi realiti sekiranya pihak yang berkepentingan bersetuju dengan formula penajaan yang dibincangkan.

Menurut sumber kepada CAKAP SUKAN,  syarikat farmasi itu sedang mempertimbangkan kertas cadangan hak penamaan untuk satu tempoh yang dipersetujui dengan jumlah tajaan tertentu.

Formula yang sama digunakan pada 2017 apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan Axiata Arena sebagai nama baharu buat Stadium Putra di Bukit Jalil menerusi perjanjian hak penamaan bernilai RM55 juta untuk tempoh 10 tahun.

Stadium KLFA yang menjadi gelanggang untuk juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City, boleh memuatkan seramai 18,000 penonton dan pernah menganjurkan pelbagai perlawanan bola sepak antarabangsa dan ragbi tempatan.

Stadium berkenaan adalah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menyewakannya kepada Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) dari 2005 hingga 2021 untuk tujuan pengurusan dan penyelenggaraan asas.

Bagaimanapun pengurusan dan penyelenggaraan stadium itu kini telah diberi kepada pihak ketiga, yang merupakan sebuah syarikat swasta lebih kurang tujuh bulan lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d