Bola Sepak

Nurul Azurin harap terus ada peluang beraksi di luar negara


PENJAGA gol wanita kebangsaan Nurul Azurin Mazlan berharap kontraknya bersama kelab Misaka United FC akan disambung.

Nurul Azurin,22, tampil menjadi pemain wanita pertama negara beraksi di kelab India selama dua bulan yang berakhir 31 Januari lalu pada saingan Karnataka Women’s League musim 2021/2022.

Apa yang membanggakan, Nurul Azurin tidak melepaskan peluang mengutip pengalaman bersama Misaka United FC, malah dia juga dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik dengan empat ‘clean sheet’ daripada lapan perlawanan.

“Sekarang kami masih menunggu keputusan dari All India Federation (AIFF) sama ada Misaka United mendapat slot untuk ke Indian Women League (IWL) atau sebaliknya.

Nurul Azurin Mazlan

“Sekiranya Misaka United dapat ke IWL, mereka mungkin akan memanggil saya kembali,” jelasnya kepada Bernama.

Mengimbas kembali aksinya di India, Nurul Azurin berpuas hati dapat membuktikan Malaysia sebenarnya mempunyai pemain yang baik untuk bermain di luar negara.

“Saya rasa gembira sebab boleh letak ‘benchmark’ di mana taraf pemain Malaysia, jadi mereka (kelab luar negara) boleh meletakkan ‘expectation’ bahawa pemain tempatan ini tidak kurang hebatnya,” tambah Nurul Azurin yang beraksi dalam kelayakan Piala Asia 2022 di Palestin September lalu.

Selain itu, Nurul Azurin juga berharap prestasinya di India ini dapat membuka mata pasukan dari luar negara untuk memanting pemain Malaysia selepas ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: