
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PEMAIN baharu tempatan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahmi Safari mengalami kekejangan dibahagian hamstring disebabkan tiada biasa menjalani sesi latihan berintensiti tinggi seperti di JDT.
Pengendali JDT, Benjamin Mora berkata, namun pemain muda berkenaan sudah pulih dengan baik dan akan sedia untuk beraksi sejurus selepas sesi pemulihan.
“Bergson da Silva telah pulih dari ‘stomach infection’ yang mengakibatkannya terlepas dari perlawanan terakhir namun Hong Wan dan S. Kunanlan masih tidak dapat diturunkan kerana keracunan makanan,” ujarnya.
Ketika ini skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menjalani beberapa sesi latihan yang sangat baik di Dubai, dan dapat menyesuaikan diri dengan sistem baharu dengan pelbagai variasi untuk persediaan kami menghadapi musim 2022.





Add Comment