Bola Sepak

Liga M 2022 : MUFC sambar Mat Yo


Pengalaman dimiliki Mat Yo pastinya akan membantu pasukan.

MELAKA United FC membuat kejutan apabila berjaya mendapatkan tandatangan pemain berpengalaman, Norshahrul Idlan Talaha sebagai pemain terbaharu yang sah menyertai Skuad Hang Tuah, musim ini.

Nurshahrul, 35 tahun yang juga Penyerang Skuad Kebangsaan menyertai Melaka United selepas semusim bersama Sarawak United FC musim lalu.
Beliau adalah antara pemain senior tempatan yang masih beraksi serta pernah beraksi dengan beberapa pasukan Liga Malaysia antaranya bersama Kelantan, Johor Darul Ta’zim, Negeri Sembilan, ATM, Terengganu, Felda United FC dan Pahang selain pernah beraksi bersama kelab Thai League 1, BG Pathum United FC pada 2020.
Beliau juga telah membuat lebih 80 penampilan bersama Skuad Kebangsaan dengan 14 gol di peringkat antarabangsa.

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: