
LIGA M3 2022 yang bakal membuka tirainya tidak lama lagi dijangka lebih rancak dengan kehadiran pasukan-pasukan yang pastinya sudah bersedia mengharungi saingan sengit.
Manjung City FC antara salah sebuah pasukan yang bakal tampil musim ini secara rasmi telah memperkenalkan barisan pemain dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Konvensyen Manjung, Jumaat lalu.
“Manjung City FC akan menjadi pesaing sengit dan pastinya akan membanggakan Manjung.
“Kami menghargai komitmen dan sokongan yang telah diberikan oleh semua penaja dan penyokong-penyokong kelab Manjung City FC. Kami berjanji akan berusaha dan memberikan yang terbaik dalam saingan Liga M3 2022,” jelas kenyataan kelab.
Selain itu, Manjung City FC turut melancarkan kit rasmi yang ditaja Hakka Clo, manakala penaja utama pasukan musim ini adalah Majlis Perbandaran Manjung, Taraf Nusantara Sdn Bhd (Lagenda Properties), Rhino Ariel Travel & Tours Sdn Bhd dan Smart Food Venture Networking Sdn Bhd (Ayam Ory).
Add Comment