
LIMA pemain baharu dipanggil menyertai menyertai kem latihan pusat menjelang Kejuaraan B-23 AFF 2022 di Phnom Penh, Kemboja dari 14 hingga 26 Februari ini.
Mereka termasuk yang berada di dalam senarai bersedia iaitu K Thivandaran, Muhammad Firdaus Kaironnisam dan Muhammad Najmuddin Akmal dengan mereka sudah memulakan latihan bersama skuad pada 27 dan 28 Januari lalu.
Dua lagi pemain baharu dari Negeri Sembilan FC, A Selvan dan N Javabilaarivin akan menyertai latihan bersama pasukan bermula hari ini.
Sebelum ini, Ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Brad Maloney memanggil 30 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula 27 Januari lalu bagi melakukan persiapan awal untuk menghadapi Kejuaraan B-23 AFF 2022.
Skuad B-23 negara dijadual berlepas ke Phnom Penh pada 12 Februari ini bagi menghadapi tiga perlawanan Kumpulan B iaitu menentang Myanmar pada 15 Februari sebelum berdepan Laos dan Indonesia pada 18 Februari dan 21 Februari.





Add Comment