Bola Sepak

Liga M 2022 : Peledak berbisa Pahang sertai NSFC


Matheus Alves kembali menyertai Liga M bersama NSFC.

BEKAS peledak berbisa Sri Pahang FC musim 2017, Matheus Alves dan penyerang baharu Kossi Adetu menjadi taruhan baharu Negeri Sembilan FC dijentera serangan mengharungi saingan Liga Malaysia (LigaM) 2022.

Alves, 28,  merupakan pemain import kelahiran Brazil sudah tidak asing lagi dalam saingan Liga M apabila menjaringkan menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan untuk Pahang dan membantu pasukan itu layak ke final Piala FA pada 2017, sebelum tewas kepada Kedah 2-3.

Pernah bermain untuk beberapa kelab terkemuka Thailand seperti Chonburi, PT Prachuap dan Police Tero, serta pernah beraksi untuk kelab Liga 2 Korea, Chungnam Asan, Alves pastinya menjadi taruhan K Devan untuk merobek gawang lawan.

Sementara Adetu pemain kelahiran Togo berusia 26 pula pernah berkelana di liga Ghana, Liberia dan Mesir, terkenal dengan kepantasan dan kebolehannya menjaringkan gol.

Kedua-dua pemain ini diturunkan beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Selangor FC yang menyaksikan keputusan 0-2 memihak Selangor FC.

Bagi K Devan perlawanan ini adalah lebih kepada ujian tahap kecergasan barisan pemain dan dua gol yang dijaringkan berpunca dari keletihan.

“Kita bermain dengan teratur pada babak kedua dan memiliki peluang menjaringkan gol. Pemain import baru tiga hari menyertai latihan, kita perlu berikan masa kepada mereka untuk memahami taktikal dan corak permainan rakan sepasukan,” tegasnya.

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: