Bola Sepak Komentar

Cukup-cukuplah ‘UP’… Masa untuk bekerja!


Oleh: MOHD FARIQ

DALAM dunia demokrasi, sesiapa sahaja boleh berbicara atau mengeluarkan pendapat ketika berbahas sesuatu perkara.

Malah penulis sendiri tidak akan sesekali menafikan hak kepada mana-mana pihak untuk bersuara apatah lagi subjek itu adalah kebaikan bola sepak negara.

Namun penulis berasa sedikit kurang senang apabila masih ada elemen atau budaya untuk mengampu pemimpin masih lagi berlaku biarpun episod hitam telah melandai mereka.

Sejujurnya bagi penulis, setiap orang khususnya Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memiliki peranan dan berfungsi untuk membantu kepimpinan tertinggi dalam mana-mana persatuan.

Kepentingan dan masa depan pasukan kebangsaan perlu diberi tumpuan dan bukannya hanya pandai membodek.

Bukan apa, menyatakan sokongan terhadap pemimpin itu sangat bagus tetapi sebenarnya lebih afdal adalah mereka sama-sama turun membantu pemimpin, bukannya terus mengampu.

Zaman semakin moden dan susun atur cara kerja sudah berlainan jika kita bandingkan sejak 15 tahun yang lain.

Sekarang semua penyokong mahu melihat gerak kerja, bukannya lagi melihat tanda sokongan yang tidak relevan di mana pada akhirnya, pemimpin itu sendiri menanggung keseorangan ketika berdepan detik sukar.

Akhir kata daripada penulis, cukuplah bodek dan terus kuat bekerja.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: