
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PRODUK akademi kelab Belanda, AZ Alkmaar, Mikel Justin Cagurangan Baas menjadi taruhan Melaka United FC bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2022.
Pernah beraksi di Divisyen 2 Belanda bersama Jong AZ dari 2018 hingga 2020 sebelum beraksi di Thai League 1 bersama Ratchaburi Mitr Phol, lebih dikebali dengan ganggilan Justin Baas sah bakal menyarung jersi Skuad Hang Tuah musim ini selepas berhijrah dari kelab Filipina, United City FC.
Pemain Pertahanan berusia 21 tahun yang juga pemain berdarah kacukan Belanda-Filipina juga merupakan pemain muda skuad Kebangsaan Filipina.

Turut dibawa masuk memperkuatkan pasukan adalah pemain sayap import dari Ghana, Emmanuel Oti Essigba.
Oti beraksi dalam saingan J1 League musim lalu bersama Vegalta Sendai selain pernah beraksi bersama beberapa kelab sekitar Eropah antaranya kelab Portugal, Braga B, Esbjerg fB (Denmark) dan FC Vizela (Portugal).
Taruhan baharu MUFC ini juga pernah beraksi di Liga 1 Indonesia bersama Madura United pada 2020.
Add Comment