Bola Sepak

LPFK: Pahang Rangers terlalu ‘mantap’ buat Perak


Aksi Pahang Rangers dan Perak. Foto: FAM

SKUAD futsal Perak bukanlah lawan kepada Pahang Rangers apabila tewas mudah 1-8 dalam aksi hari pertama sirkit kedua Liga Premier Futsal Kebangsaan (LPFK) di Stadium Panasonic, Shah Alam.

Pahang Rangers terlalu ampuh apabila berjaya mendahului 5-0 pada separuh masa pertama sebelum menjaringkan tiga lagi gol pada babak kedua sekaligus mendahului carta liga setakat ini hasil dua kemenangan dari dua perlawanan.

Dalam perlawanan pada sebelah pagi, jaringan pada minit terakhir berjaya memberikan kemenangan pertama buat Pulau Pinang apabila mengatasi Negeri Sembilan 3-2 dalam pertemuan yang cukup sengit.

Negeri Sembilan pastinya kecewa selepas tidak berjaya kelebihan awal sekaligus gagal mengekalkan momentum kemenangan yang diperolehi ketika perlawanan pertama hujung minggu lalu.

Terengganu menang ke atas ATM. Foto: FAM

Terengganu turut berjaya merakam kemenangan dengan gaya dramatik apabila berjaya mengenepikan saingan ATM 5-4 untuk kemenangan kedua mereka dari tiga perlawanan.

Tiga gol pada 10 minit terakhir perlawanan menyaksikan Terengganu bangkit dari ketinggalan 2-4 seterusnya mengecewakan ATM yang masih mencari kemenangan pertama.

Kedah pula berjaya mencatat kemenangan sulung dalam LPFK selepas menewaskan Shah Alam City 6-2 untuk menebus kehampaan selepas gagal meraih kemenangan ketika sirkit pertama.

Kekalahan ini pula adalah kekalahan kedua Shah Alam City yang setakat ini berjaya mengumpul satu kemenangan dari tiga perlawanan dan akan bertemu pasukan ATM pada Ahad nanti.

Sirkit kedua hari ini pula menyaksikan KL City menentang Selangor TOT United manakala Selangor MAC akan bertemu PDRM sebelum Kuala Lumpur menguji Pulau Pinang dan Negeri Sembilan menentang Perak.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: