
Oleh : SUBKHI SUDARJI
TIMBALAN Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Yusoff Mahadi meletakkan jawatan selaku pengurus pasukan Harimau Malaya susulan kegagalan skuad kebangsaan mencapai sasaran dalam kejohanan Piala AFF 2020, dua bulan lalu di Singapura.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, keputusan ini diambil dengan mengambil kira ingin memberi fokus terhadap jawatan selaku Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL) dan Timbalan Presiden FAM.
“Beliau (Yusof) telah berjumpa dengan saya dan menyatakana hasrat ingin meletakkan jawatan atas alasan ingin memberikan tumpuan penuh terhadap tugasnya selaku Pengerusi AFL dan Timbalan Presiden FAM.
“Jadi untuk ketika ini jawatan itu kosong dan saya akan tunggu dari Pengarah Teknikal untuk sediakan kertas cadangan, mungkin sebulan dua lagi,” ujarnya.
Mohd Yusoff dilantik sebagai pengurus pasukan Harimau Malaya bagi mengharungi kempen kelayakan Piala Dunia 202/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun 2021.
Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu bagi penggal 2021-2025 yang dipengerusikan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan berlangsung selama lima jam di Wisma FAM, pada 21 Mac 2021.






Add Comment