Bola Sepak

Dell dedah timbul isu ‘tiga kelompok’ pemain di Singapura


Dell Akbar Khan

Oleh: SURYATI MOHD NOR

ISU wujudnya ‘tiga kumpulan’ pemain dalam skuad Piala AFF 2020 di Singapura bulan lalu didedahkan Badan Siasatan Bebas (BSB) pada Jumaat.

Menurut Pengerusi BSB, Datuk Dell Akbar Khan, selepas bedah siasat yang dijalankan oleh pasukannya, salah satu isu ditemui berkaitan dengan kurang harmoni dalam pasukan kebangsaan.

“Timbul isu wujud kurangnya harmoni dalam pasukan semasa di Singapura telah ada kumpulan pemain iaitu pemain lokal, naturalisasi dan kacukan.

“Ia dilaporkan oleh pemain sendiri dan apabila saya mengadakan interview… mengikut mereka kurang ada usaha untuk ‘neutralkan’ isu ini.

Pemain-pemain yang beraksi di Singapura bulan lalu dilaporkan ,mempunyai ‘kelompok sendiri’.

“Apabila wujud tiga kumpulan ini, ia tidak bagus untuk ‘team spirit’ dalam satu pasukan kerana ada kelompok sendiri,” jelasnya ketika sidang media khas FAM di Wisma FAM pada Jumaat.

Beikutan dengan pendedahan Dell itu, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin memberitahu beliau akan menyelesaikan isu tersebut.

“Saya pun baharu tahu dan akan akan selesaikan sendiri dengan pemain-pemain,” ujarnya ringkas.

Pada aksi Piala AFF 2020 baru-baru ini, skuad negara hadir dengan 24 orang pemain termasuk pemain naturalisasi Guilherma de Paula, pemain kacukan Dion-Johan Cools dan Junior Eldstar.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading