
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menegaskan belum tiba masanya untuk meletak jawatan selaku orang nombor satu badan induk sukan bola sepak negara.
Jelasnya, masih banyak perkara dan misi yang sedang dirancang serta akan dilakukannya bagi memastikan Harimau Malaya kembali digeruni.
“Pertama saya mendengar desatan dari netizen supaya saya meletakkan jawatan selaku Presiden, saya tahu kebanyakkan dari mereka (netizen) ada pendapat, saya pun ada pendapat saya.
“Saya hormati pandangan mereka, saya baca dan ambil kritikan membina, saya baru dapat mandat tahun ini, banyak perkara saya buat dan saya nak pastikan pasukan Harimau Malaya kembali mengaum.
“Saya tidak rancang untuk duduk (pimpin) FAM untuk tempoh 10-20 tahun, saya baru tiga tahun pimpin FAM,” jelasnya pada sidang media Mesyuarat Khas Pertama Jawatankuasa Eksekutif FAM penggal 2021/2025.
Isu desakan ke atas Hamidin agar meletakkan jawatan disuarakan netizen susulan kegagalan Harimau Malaya menepati sasaran beraksi dipentas final Piala AFF 2020 apabila gagal melepasi peringkat Kumpulan B yang menyaksikan Indonesia dan Vietnam layak ke pusingan separuh akhir.
Add Comment