Bola Sepak

Liga-M 2022 : Penjaring terbanyak Liga Jordan 2021 sertai keluarga Hijau Kuning


Ronald taruhan baharu HijauKuning.

Oleh: AMMAR HAZIQ

PENYERANG berbisa di Liga Jordan 2021 sah menjadi milik Kedah Darul Aman (KDA) FC yang menjadi pemain import keempat Hijau Kuning bagi mencabar saingan Liga Malaysia dan Piala AFC 2022.

Wanja Ronald Ngah, 30 yang berasal dari Cameroon sebelum ini menjadi tumpuan Hijau Kuning bagi mengantikan tempat Kpah Sherman selepas sah berhijrah ke Terengganu FC (TFC) pada musim ini.

Berketinggian 1.84 meter, Ronald Ngah mempunyai pengalaman bersama pasukan Arab beraksi di pentas Piala AFC dan terbaru bersama Al-Salt yang beraksi di Liga Jordan  dan difahamkan telah menyumbat  15 gol dalam 22 perlawanan dan di pentas Piala AFC pula telah menjaringkan empat gol pada empat perlawanan.

Tinjaun Cakap Sukan di media sosial mendapati rata-rata penyokong KDA FC berharap kehadiran Ronald mampu mempertajamkan lagi serangan pasukan seperti jelmaan penyerang legenda Marlon Alex James.

Penyokong mengharapkan rombakan yang dilakukan ini akan memberikan kesan positif kepada KDA FC untuk memberikan saingan lebih baik berbanding pencapaian pasukan yang sekadar berada di tangga kedua Liga Super dan suku akhir Piala Malaysia musim ini.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali sudah memberikan bayangan sedang mengadakan rundingan mendapatkan  penyerang yang sedang beraksi dalam liga di Timur Tengah pada musim 2021.

Sebagai rekod, Jan Suk Won menjadi pemain import pertama mereka yang diikat bagi musim 2022 dan bekas perancang sensasi Terengganu FC dari Ivory Coast, Dechi Marcel diumumkan sebagai pemain import kedua manakala Dennis Buschening kelahiran Jerman yang mempunyai kerakyatan Thailand diumumkan sebagai pemain import ketiga.

Kini tinggal satu lagi slot pemain import yang akan diumumkan oleh KDA FC selepas selesai urusan imigresen untuk membawa masuk pemain tersebut ke negara ini.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading