Bola Sepak

Liga M 2022 : Dulu pemain import kini pemain tempatan jadi cabaran


Nasir (dua,kiri) bersama beberapa pemain baharu yang menyertai PJ City FC musim ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PEMAIN tengah baharu PJ City FC, Nasir Basharudin mahu raih pengalaman baharu bersama pasukan yang menggunakan khidmat pemain tempatan sepenuhnya selain ingin merebut tempat utama dengan lebih kerap pada musim ini.

Jika musim lalu bersama Terengganu FC yang dibarisi pemain import tetapi kini ia nyata berbeza dengan majikan baharunya yang menggunakan sepenuhnya kudrat pemain tempatan.

Bagi Nasir, ia akan menjadi pengalaman yang berbeza apabila hanya bersaing dengan pemain-pemain tempatan sahaja untuk mendapatkan tempat dan tidak sesekali memandang rendah terhadap kemampuan rakan sepasukan yang pastinya akan memberi perebutan sengit.

“Sebab utama saya di sini (PJ City FC) kerana ingin meraih sesuatu kerana ini adalah kali pertama saya dapat merasa beraksi dengan semua pemain tempatan.

“Jika sebelum ini bersaing tempat dengan pemain import, sekarang agak berbeza sebab pemain tempatan juga tidak kurang hebatnya dan saya akan pastikan prestasi saya akan lebih baik berbanding musim lepas.

“Kalau dekat Terengganu, kami banyak fokus kepada aspek penguasaan bola, cara bermain, tetapi di PJ City saya lihat kami turut menumpukan kepada aspek fizikal sebab kita tahu pasukan akan menentang lawan yang ada pemain import.

“Jadi, sebab itu fizikal kami juga sangat penting untuk memastikan pasukan bukan sahaja kuat daripada segi corak bermain, tetapi tahap kecergasan juga memainkan peranan”, katanya yang telah bersama TFC dua musim.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d