Bola Sepak Permotoran

Putera Adam ingin cari angin baharu


PELUMBA Go-kart negara, Putera Adam Halim menjuarai kategori senior Kejuaraan Karting Malaysia 2021 di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang, Ahad lalu.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SELEPAS menjuarai kategori senior Kejuaraan Karting Malaysia 2021 di Litar Go Kart Antarabangsa Sepang, Ahad lalu, pelumba Go-kart negara, Putera Adam Halim meletakkan impian untuk beraksi dalam perlumbaan touring secara lebih serius bermula tahun depan.

Tegasnya, dia sudah mula seronok dan selesa dengan perlumbaan sebegitu selepas menyertai beberapa kejohanan tahun lalu.

“Tahun lalu, Putra menyertai program rookie Toyota Gazoo. Ada enam perlumbaan, pada mulanya sukar juga nak sesuaikan diri dengan kereta kerana manual.

“Sedikit bergelut tetapi Alhamdulillah, pada dua perlumbaan terakhir, kami dapat meraih dua kemenangan.

“Selepas itu, Putera menyertai Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) dan Perlumbaan Endurance 1000km Sepang (Sepang S1K).

“Dalam perlumbaan MCS, Putera memandu seorang dan meraih tempat kedua keseluruhan. Begitu juga di S1K, selepas sembilan jam perlumbaan.

“Harap pada tahun ini, Putera dapat menyertai tiga perlumbaan ini lagi, tahun ini Putera ada peperiksaan, harap pada tahun depan, boleh menyertai dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlumbaan touring pula,” katanya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: