Bola Sepak

WSL: Aksi hampir ke penghujung, NSW FC-The Footsouls tempah slot ke final


Aksi perlawanan separuh akhir di antara NSW FC dan FC Swat. Foto: FAS

AKSI Liga Super Wanita (WSL) hampir ke penghunjung selepas menyaksikan dua pasukan terbaik menempah slot ke pentas akhir liga.

Wakil Negeri Sembilan, NSW FC menepati ramalan apabila mara ke final selepas kemenangan bergaya 3-1 ke atas FC Swat dalam aksi separuh akhir pada Isnin malam.

Satu lagi perlawanan separuh akhir di antara The Footsouls dan First 11 FC lebih sengit apabula kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Gol awal minit-28 dari First 11 FC menerusi Puteri Umi Sofea tidak menggugat tuan rumah apabila tampil menyamakan kedudukan minit akhir babak pertama menerusi Intan Sarah.

Keputusan seri itu memaksa perlawanan diheret ke penentuan penalti yang menyaksikan kemenangan 6-5 memihak kepada The Footsouls.

First 11 FC sebelum ini mara ke separuh akhir dengan penuh kontroversi apabila tewas 0-4 kepada MBSJ FC, namun kesilapan teknikal (rolling sub) pihak lawan memberi peluang kepada mereka mara ke aksi ini.

WSL yang berlangsung sejak Disember lalu dengan 10 pasukan beraksi anjuran Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) ini antara inisiatif terbaik bagi komuniti bola sepak wanita tanah air berkongsi pengalaman dan kebolehan dalam liga ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: