PELEDAK berbisa, Bayern Munich Robert Lewandowski mempertahankan gelaran pemain lelaki terbaik FIFA mengatasi Lionel Messi dari Paris Saint-Germain serta Mohamed Salah dari Liverpool.
Kapten Barcelona Alexia Putellas mengungguli kategori wanita.
Lewandowski, 33, mencatat rekod gol Bundesliga musim lalu meledak 48 gol untuk kelab dan negara pada musim 2020-2021.
Lewandowski menjaringkan tiga gol untuk Bayern pada hujung minggu lalu dan melebarkan jumlah jaringannya kepada 39 gol dalam 33 perlawanan.
Cristiano Ronaldo memenangi Anugerah Khas di atas rekod gol antarabangsa terbanyak untuk negaranya, menewaskan Ali Daei yang sebelum ini meledak 109 gol untuk Iran.
Ronaldo, 36, kini mengumpul 115 gol dalam 184 penampilan untuk Portugal selepas beraksi buat kali pertama ketika berusia 18 tahun pada tahun 2003.
Penjaga gol Chelsea Edouard Mendy dan Christiane Endler dari Lyon memenangi kategori penjaga gol terbaik selain pengurusnya mengungguli kategori jurulatih terbaik menerusi Thomas Tuchel dan Emma Hayes.
Erik Lamela, kini bersama Sevilla, memenangi anugerah gol terbaik menerusi jaringannya untuk Spurs.
Pegawai perubatan dan pemain Denmark, yang bertindak pantas ketika Christian Eriksen tumbang semasa aksi Euro, memenangi anugerah fair play.
Add Comment