Bola Sepak

KDA FC dijangka bakal terima tajaan hampir RM2 juta


Mohd Daud (dua kiri) melihat produk-produk kesihatan yang dihasilkan oleh Aafiyat Group. Turut kelihatan Khamal Idris (kiri) dan Aidil Azwal (kanan).

Oleh: AMMAR HAZIQ

SYARIKAT kumpulan berasaskan produk-produk nutrisi dan diet, Aafiyat Group menjadi pihak terbaru yang berminat menjalinkan kerjasama dengan pasukan gergasi bolasepak utara, Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Difahamkan, perbincangan telah mencapai kata sepakat dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat melibatkan tajaan mencecah hampir RM2 juta bagi musim 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Aidil Azwal Zainuddin berkata, kerjasama itu adalah merupakan peluang terbaik untuk syarikatnya yang berteraskan kesihatan, kesejahteraan dan kebajikan holisitik dalam menjenamakan syarikat tersebut.

Menurutnya, pihaknya bakal bekerjasama dalam penajaan dari segi kewangan dan juga tajaan kemudahan yang ada di Aafiyat Group, Ampang Business Center, Ampang Jajar, Alor Setar.

Mohd Daud (empat kanan) dan Aidil Azwal (kiri) bergambar kenangan selepas perjumpaan di Aafiyat Group, Ampang Business Center, Ampang Jajar, Alor Setar.

“Bakal tajaan juga dalam bentuk bantuan-bantuan dari sudut produk-produk nutrisi dan diet yang akan dimanfaatkan pemain,” katanya yang dipetik melalui Facebook KDA FC.

Beliau berkata demikian selepas menerima kehadiran Patron KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar di Ampang Business Center pada Ahad.

Aafiyat Group telah berbesar hati menaja kemudahan tempat mesyuarat dan jamuan bagi perjumpaan penyokong Kedah dan juga barisan jurulatih Kedah.

Turut hadir dalam sesi pertemuan tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Khamal Idris Ali.


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: