Bola Sepak

Piala AFC 2022: KDA FC, KL City FC huni Kumpulan G dan H


KL City FC beraksi di pentas Piala Asia tahun ini

Oleh: JJFIRDAUS

BUAT pertama kali dalam sejarah Piala AFC, dua wakil negara bakal mengambil bahagian dengan slot automatik ke peringkat kumpulan diberikan kepada juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super.

Juara Piala Malaysia 2021, Kuala Lumpur City FC diundi dalam Kumpulan H dan bakal bertemu kelab Singapura, Tampines Rovers, wakil Indonesia, PSM Makassar dan kelab dari Myanmar sama ada Shan United atau Ayeyarwady United.

Dalam undian yang dilakukan secara maya oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Kuala Lumpur, satu lagi wakil negara, Kedah Darul Aman FC bakal bersaing dalam Kumpulan G.

KDA FC telah diundi bersama-sama kelab Filipina, Kaya Iloilo, kelab Bali United FC dari Indonesia dan juga pemenang play off antara kelab Kemboja, Visakha FC dan Laos yang diwakili kelab Young Elephants.

Piala AFC 2022 ini adalah penyertaan sulung buat Kuala Lumpur City FC manakala Kedah Darul Aman akan bersaing buat kali keempat dalam sejarah kejohanan kedua kelab Asia ini.

Satu lagi kumpulan untuk Zon Asean, Kumpulan H pula diwakili kelab Vietnam, Viettel FC, satu lagi kelab Singapura, Hougang United dan kelab Myanmar, Hantharwady United dan wakil Kemboja, kelab Phnom Penh Crown FC.

Peringkat kumpulan bagi Zon Asean akan berlangsung dari 24-30 Jun 2022 dengan format karnival satu pusingan. Kesemua pasukan hanya akan bertemu sesama sendiri sekali sahaja di venue berpusat yang telah ditetapkan oleh AFC.

Untuk Zon Asean, ketiga-tiga juara kumpulan dan satu tempat kedua terbaik akan layak ke peringkat Separuh Akhir Zonal yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos 2022


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: