Bola Sepak

Liga M 2022 : Caion dedah punca utama memilih Selangor FC


Herlison Caion șah memperkuatkan Selangor FC musim ini. (Foto : FAS)

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PEMAIN import baharu Merah Kuning, Herlison Caion mendedahkan nasihat dan pengalaman dimiliki rakan senegaranya, Paulo Rangel antara sebab utama dia memilih Selangor FC.

Jelasnya, perkembangan Selangor FC diperolehi dari rakan senegaranya iaitu Rangel yang pernah beraksi bersama Selangor FC pada 2014 dan merangkul gelaran Anugerah Kasut Emas pada musim berkenaam.

“Saya tahu sedikit sebanyak mengenai kelab ini kerana saya pernah bermain dengan Paulo yang juga pernah bermain di sini.

“Kelab ini banyak sejarah dan trofi, dan akan cipta lebih banyak kemanisan baru. Kelab ini layak mendapatkannya. Ia ada struktur dan tahap profesionalisme yang dicemburui kelab-kelab Malaysia dan luar negara,” jelas Caion ketika dipetik menerusi portal merahkuning.247.com.

Pemain berusia 31 tahun kelahiran Brazil ini juga memaklumkan boleh bermain sebagai seorang ‘centre-forward’, ataupun sayap kiri atau kanan.

“Tetapi lebih banyak sebagai ‘centre-forward’ dalam tahun-tahun kebelakangan. Tapi saya tiada masalah bermain di mana-mana posisi.

“Saya ada kekuatan fizikal yang penting dalam perebutan, dan juga kelajuan. Kaki kanan saya kuat, tapi jika situasi memerlukan, kaki kiri saya tak pernah mengecewakan,” jelas pemain yang pernah beraksi dalam liga Thailand ini.

Aksi terbarunya adalah bersama Muangkan United dalam divisyen dua liga Thailand, dalam separuh pertama musim 2021/22. Dia beraksi dalam 17 perlawanan dan menjaringkan 12 gol.

Kehadirannya bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan penjaring terbanyak Liga Super musim 2021 dan 2022, Ifedayo Olusegun yang berhijrah ke Melaka United FC.

Selain Caion yang akan menyarung jersi nombor 10, Selangor FC Gergasi Merah turut mendatangkan pasangan pasukan kebangsaan Jordan, pemain pertahanan Yazan Al-Arab dan dan pemain tengah Baha’ Abdel-Rahman, di samping pemain import sedia ada Safuwan Baharudin.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: