Bola Sepak EPL

Leicester City kehilangan penjaring terbanyak


Vardy terpaksa disisihkan ekoran kecederaan dialaminya.

LEICESTER City terpaksa melupakan khidmat penyerang dan penjaring terbanyak, Jamie Vardy sekurang-kurangnya lapan minggu akibat kecederaan hamstring.

Pengendalinya, Brendan Rodgers berkata, Vardy tidak perlu menjalani pembedahan tetapi kecederan berkenaan lebih serius daripada jangkaan awal.

“Jamie akan diketepikan untuk beberapa minggu. Ia malang buatnya tetapi kami menganggarkan sehingga lapan minggu.

“Kecederaannya di bahagian paling atas hamstring, mungkin sehingga Mac. Dia tidak memerlukan pembedahan dan itu satu-satunya berita baik,” kata Rodgers menjelang permulaan kempen mempertahankan Piala FA menentang Watford di laman sendiri malam ini.

Rodgers berkata bek tengah, Jonny Evans juga akan berehat sehingga April selepas menjalani pembedahan akibat masalah hamstring.

Leicester kini di tangga ke-10 liga pada 25 mata daripada 18 perlawanan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: