Bola Sepak

Liga M 2022 : Sri Pahang FC rancak perkenal pemain


Fandi Othman
SRI Pahang FC kini rancak memperkenalkan pemain baharu bagi musim 2022 dengan dua pemain Uitm FC dan Kedah Darul Aman FC sah menyertai keluarga Tok Gajah musim depan.
Pemain berkenaan adalah Fandi Othman, pemain berdarah kacukan Malaysia-Itali, Sean Gan Gianelli dan Faizal Mohd Arif merupakan  rekrut terbaru bagi musim 2022.
Fandi yang kini berusia 29 tahun ini membawa bersama pengalaman luas di pentas antarabangsa bersama Harimau Muda A dan domestik di mana dia pernah beraksi bersama beberapa pasukan Liga Malaysia antaranya Felcra, Selangor, KL City dan terbaru Kedah Darul Aman pada musim 2021.
Kehadiran Fandi Othman sekaligus mengisi kekosongan di posisi pertahanan kiri yang ditinggalkan oleh Fazly Mazlan dan Faisal Rosli.
Sean Gan Gianelli
Sean Gan Gianelli sebagai wajah baru yang akan memperkuatkan Sri Pahang FC pada musim 2022.

Pemain tengah menyerang berusia 25 tahun ini merupakan lepasan Akademi Johor Darul Takzim (JDT IV) dan menyertai KL City pada musim 2020, sebelum dipinjamkan ke Uitm FC pada 2021.

Gianelli yang turut boleh bermain di posisi sayap merupakan salah seorang pemain terbaik Uitm FC musim lalu dan kini dia bersedia meneruskan prestasi cemerlangnya bersama skuad tok gajah.

Muhammad Faizal

Sementara itu, pemain pertahanan kanan Muhammad Faizal yang  berusia 26 tahun telah bersama Uitm FC sejak 2016 ketika bermain di Liga IPT dan menjadi tonggak yang membantu mereka layak Liga FAM, Liga Premier seterusnya Liga Super.

Ciri kepimpinan tinggi dalam diri Faizal menyaksikannya diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan pada musim lalu. Selepas enam tahun, dia memilih untuk mencuba angin baru dalam karier.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: