Bola Sepak

Tan Cheng Hoe letak jawatan


PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe telah meletakkan jawatan ekoran kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura, baru-baru ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),  Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, Cheng Hoe telah mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan FAM dan menyatakan hasratnya itu berikutan kegagalan skuad kendaliannya melangkah ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.

“Selepas berbincang secara terbuka dari semua sudut, pihak pengurusan FAM akhirnya menghormati keputusan tersebut dan telah bersetuju untuk melepaskan Cheng Hoe menerusi persetujuan bersama kedua-dua pihak.

“FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Cheng Hoe yang secara keseluruhannya telah berkhidmat selama 14 tahun bersama FAM sejak bergelar penolong jurulatih skuad B-20 kebangsaan pada 2005 hingga 2013 sebagai penolong jurulatih kebangsaan dan kembali semula pada 2017 sebagai penolong jurulatih kebangsaan kepada Nelo Vingada,” tegasnya.

Sepanjang berada dalam keluarga FAM antara kejayaan yang diraih Cheng Hoe adalah membantu Malaysia memenangi pingat emas Sukan SEA 2009 dan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 ketika bergelar pembantu kepada Datuk K. Rajagobal.

Sebagai pengendali Harimau Malaya, Cheng Hoe,53, berjaya mencorak permainan skuad kebangsaan sehingga muncul baik juara Piala AFF 2018 dan meletakkan pasukan di kedudukan terbaik dalam pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piaal Asia 2023 pada 2019, sebelum cabaran pandemik Covid-119 mengganggu jadual kejohanan itu.

Perjalanan karier Cheng Hoe bersama skuad kebangsaan ternoktah selepas kegagalan untuk mara ke separuh akhir Piala AFF 2020.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: