Bola Sepak

Peta Hala Tuju (Roadmap) F30 bukanlah Al-Quran


Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memaklumkan Peta Hala Tuju (Roadmap) yang diberi nama F:30 bukanlah kitab suci Al-Quran yang tidak boleh diperbaiki dari masa ke semasa.

Setiausaha Agungnya, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, F:30 adalah garis panduan buat FAM yang boleh diubah-ubah mengikut adunan kalendar situasi di Malaysia.

“Roadmap ini adalah panduan kepada kita, sebagai contoh macam inilah, kalau kita hendak pergi ke Kuala Lumpur dari Klang kita akan gunakan Wazę dań dia akan bagi tahu jalan sama ada kiri dan juga kanan.

“Dalam pada itu juga dia akan bagi penambahbaikkan, begitu juga dengan F30 ini dimana Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ada bagi penambahbaikan contohnya perlawanan tidak cukup, kena tambah lagi dan sebagainya.

“Jadi kita kena tengok dan juga adunkan dengan kalendar yang kita ada dalam situasi di Malaysia, seperti yang saya katakan tadi F:30 adalah garis panduan untuk kita dari masa ke semasa, bukan kita kata F:30 adalah Al-Quran dan tidak boleh diubah.

“Kita ada cadangan dari FIFA dan AFC dan sebagainya yang bagus kita akan ambil,” jelasnya ditemui media selepas hadir menyaksikan perlawanan Akhir KL Women’s Football Championship di Stadium KLFA, Cheras malam tadi.

Untuk rekod, tanggal 31 Oktober 2018, FAM dengan gah melancarkan Peta Hala Tuju (Roadmap) yang diberi nama F:30 dengan sasaran yang dianggap bercita-cita cukup tinggi.

F:30 dirasmikan secara bersama oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino, Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Shaikh Salman Ebrahim Al Khalifa dan Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, di Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Di bawah F:30, FAM mahu menjadikan bola sepak Malaysia sebagai lima gergasi Asia menjelang 2030.

Peta hala tuju dengan tempoh 12 tahun itu dibahagi kepada tiga pelan strategik, iaitu fasa pertama dari tahun 2019 hingga 2022 untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan serta infrastruktur.

Fasa kedua pula (2023-2026) mencapai peringkat Asia, dan disudahi fasa ketiga (2027-2030) bertujuan melahirkan sebuah pasukan kebangsaan yang mencecah taraf dunia.

Antara kata-kata Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika pelancarannya, beliau menyifatkan F:30 sebagai simbol kesungguhan FAM melaksanakan pelan pembangunan menyeluruh di setiap lapisan ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara bola sepak yang disegani.

Di bawah misi akhir pembangunan bola sepak, FAM menggariskan tujuh sasaran strategik iaitu :

Di bawah sasaran tersebut FAM mahukan agar pasukan bola sepak lelaki:

  1. Layak ke pusingan akhir Piala Asia AFC 2023 (skuad senior)
  2. Layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 (B-23)
  3. Layak ke Piala Dunia FIFA B-20, 2023 (B-19)
  4. Layak ke Piala Dunia FIFA U-17 2021 (B-17) dan
  5. Memenangi Kejohanan AFF B-15 2021.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading