Antarabangsa

Pemain Vietnam boleh tiru seperti bintang Thailand


Nguyen Quang Hai antara pemain penting pasukan Vitenam.

Oleh: AMMAR HAZIQ

DUA bintang bola sepak Vietnam, Nguyen Quang Hai dan Nguyen Hoang Duc perlu keluar dari zon selesa dengan memilih beraksi di luar negara bagi meningkatkan lagi bakat yang dimiliki mereka.

Pakar bola sepak ESPN, Gabriel Tan berkata, kejayaan ketua pasukan Thailand, Chanathip Songkrasin yang cemerlang beraksi di Piala AFF Suzuki 2020 dengan membantu pasukannya menjinakkan Vietnam pada separuh akhir perlu membuka mata pasukan negara itu untuk memandang lebih jauh.

Kejayaan untuk menjulang piala berprestij Asia Tenggara itu adalah hasil perancangan yang dilakukan sejak beberapa tahun lalu dan bukannya disebabkan oleh pelan jangka masa pendek dan Vietnam perlu belajar daripada pesaingnya itu.

Nguyen Hoang Duc pemain muda Filipina.

“Impak yang boleh berlaku adalah jelas terhadap Thailand, yang membanggakan beberapa pemain yang telah meneroka ke luar negara sejak kebelakangan ini, termasuk kapten dan playmaker Chanathip Songkrasin,” katanya dipetik menerusi ESPN.

Chanatip kini beraksi bersama Hokkaido Consadole Sapporo di liga utama Jepun sejak tahun 2017.

Menurutnya, pemain seperti Quan Hai dan Hoang Duc adalah pemain Vietnam yang terbaik pada masa ini dan berpotensi untuk menjadi lebih baik jika pendedahan lebih tinggi diberikan kepada mereka berdua.

Chanathip Songkrasin

“Bintang-bintang ini juga tidak menguji diri mereka sendiri dalam cuba berdepan risiko kerana terlalu selesa seperti ikan besar yang berada di dalam kolam kecil,” katanya lagi.

Quang Hai kini beraksi bersama Hanoi FC manakala Hoang Duc bersama Viettel FC di Liga 1 Vietnam.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: