Bola Sepak

Piala AFF 2020: Dukun Indonesia mula buat ‘kerja’


Ketua Perdunu, Abdul Fatah Hasan – Foto Detik.com

Oleh: AMMAR HAZIQ

PERSATUAN Dukun Nusantara (Perdunu) telah melakukan ritual khas untuk membantu skuad Garuda memenangi Piala AFF 2020, namun pasukan itu tewas 4-0 pada aksi akhir pertama kepada Thailand pada Rabu.

Ketua Perdunu, Abdul Fatah Hasan ketika dipetik melalui Kompas.com berkata, ritual berkenaan tidak dipertontonkan kepada masyarakat umum melainkan hanya dilaksanakan oleh sembilan pengurus di pejabat sekretariat mereka.

Menurutnya, ritual tersebut dikenali ibadah Samar Wulu.

“Di penghujung ibadah Samar Wulu, akan diadakan solat hajat yang diperkenankan oleh semua ahli Perdunu dari seluruh Indonesia.

“Ibadah Samar Wulu tidak akan diadakan secara langsung. Bagaimanapun, pada sesi penutup, bacaan doa akan diadakan secara live streaming diikuti oleh semua ahli Perdunu,” katanya.

Pemain-pemain Indonesia bakal berdepan aksi sengit final kedua Piala AFF Suzuki 2020 esok.

Jelasnya, sekiranya terdapat peristiwa besar seperti aktiviti tersebut di peringkat kebangsaan, maka ritual itu akan diadakan di pusat kerana melibatkan penglibatan orang ramai.

Penjaga Pondok Pesantren Al Huda, Blimbingsari, Daerah Tegalsari, Banyuwangi itu berkata, sokongan Perdunu bukan sahaja direalisasikan dengan menyaksikan perlawanan itu bersama-sama.

“Ritual ini tidak mendoakan secara spesifik jumlah gol yang diharapkan kerana kami hanya mengharapkan pasukan Garuda memenangi perlawanan akhir ini,” katanya.

Indonesia bakal bertemu Indonesia sekali lagi pada aksi akhir kedua pada Ahad.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d