Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Dewangga dapat panggilan dari bapa


Oleh : SUBKHI SUDARJI

MENJELANG aksi final kedua menentang Thailand malam esok, pemain utama Indonesia, Alfeandra Dewangga menerima suntikan bermakna apabila mendapat sokongan dari bapanya, Puguh Santosa.

Prestasi Dewangga pada final pertama Rabu lalu dikritik ekoran kegagalannya menyempurnakan peluang terhidang ketika pasukan ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama apabila melakukan sepakan liar melewati palang gol Thailand.

“Pada saya (Dewangga) agak bagus, teruskan bersemangat dan peluang untuk bergelar juara tetap ada,” yang menghubungi anaknya selepas perlawanan tersebut.

Dalam perkembangan sama, Puguh mengakui kualiti Thailand lebih hebat berbanding Indonesia dengan perbezaan umur dan pengalaman pemain Indonesia jauh berbeza.

“Ya, kerana kualitinya berbeza, jadi kami masih muda, masih kurang pengalaman dalam pasukan kebangsaan. Jadi, ya, kami faham, semoga pada masa akan datang ia boleh menjadi lebih baik lagi,” jelasnya.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading