Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Indonesia alami kekalahan terburuk selepas 10 tahun


Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEKALAHAN 0-4 ditangan Thailand pada aksi pertama final Rabu lalu nyata mencatatkan rekod terbaharu buat Sang Garuda selepas kali terakhir menerima kekalahan terbesar, 4-1 kepada Thailand (2000) dan Malaysia, 4-2 (2010).

Sejak Piala AFF pertama kali diadakan pada 1996 (dikenali sebagai Piala Harimau), perlawanan antara Indonesia dan Thailand, Rabu lalu adalah keputusan kekalahan terburuk bagi Indonesia  dengan perbezaan jaringan paling besar dimana sebelum ini, jaraknya hanya tiga gol.

Pada pentas akhir Piala AFF 2000 yang hanya dimainkan sekali Thailand menjadi juara selepas menewaskan Indonesia 4-1, sepuluh tahun kemudian, Indonesia sekali lagi diaibkan kali ini oleh Malaysia dimana pada akhir pertama yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 0-3 dan aksi kedua skuad Garuda hanya mampu membalas dengan kemenangan 2-1.

Ini jelas tidak mencukupi, kerana skor agregat 4-2 menjadikan Harimau Malaya memenangi gelaran AFF pertamanya ketika itu.

Untuk rekod, sepanjang sejarah Piala AFF, hanya sekali pasukan berjaya menjadi juara selepas tewas pada perlawanan akhir pertama iaitu Thailand yang mampu melakukannya pada Piala AFF 2016.

Menentang Indonesia, Thailand tewas 1-2 di Stadium Pakansari pada 14 Disember 2016. Bagaimanapun, tiga hari kemudian, Thailand menang 2-0 di Bangkok, dan turut memenangi gelaran AFF kelima dalam sejarah.

Adakah Indonesia masih berpeluang menjuarai Piala AFF 2020. Boleh aje dengan syarat menang dengan perbezaan minimum lima gol pada perlawanan kedua. berat?

Jelas sekali, tetapi segala-galanya mungkin dalam 90 minit akan datang.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading