Bola Sepak

Gara-gara buat komen tanpa kebenaran FAM, Rezal Zambery digantung dua bulan


Rezal Zambery kenakan hukuman gantung selama dua bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

KETUA jurulatih Kelantan FC Rezal Zambery Yahya dikenakan hukuman penggantungan selama dua bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak gara-gara membuat kenyataan berhubung isu yang melibatkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tanpa kebenaran.

Reezal Zambery membuat kenyataan atau komen semasa temu ramah berhubung isu yang melibatkan FAM tanpa kebenaran di mana semasa temu ramah yang dibuat olehnya secara terus atau secara innuendo (ketika itu dia memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Jurulatih Kelantan FC).

Menurut kenyataan FAM menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Dr. Baljit Singh Sidhu, ia boleh memberikan impak yang negatif ke atas nama baik dan reputasi FAM selain daripada mengecam mengenai urusan pentadbiran hal-ehwal FAM (kepengadilan) atau pengelolaan Liga Malaysia pada perlawanan TM Piala Malaysia 2021, Kelantan FC lwn Sabah FC di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu pada 30 September 2021.

“Kesalahan – Melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama dengan Artikel 7 dan Artikel 82 Statut FAM.

“Hukuman – Pegawai ini dikenakan hukuman penggantungan selama dua bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bolasepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya dan didenda sebanyak RM10,000.

“Walau bagaimanapun, Jawatankuasa telah memutuskan untuk menggunapakai Artikel 35 Kod Tatatertib FAM di mana pegawai ini dikenakan penggantungan selama satu bulan pertama dahulu dan baki satu bulan kedua adalah ditangguhkan tertakluk kepada kepada kelakuan baik pegawai ini.”

Rezaal Zambery dikenakan penggantungan satu bulan pertama dari 30 Disember 2021 hingga 29 Januari 2022; dan penggantungan satu bulan kedua dari 30 Januari 2022 hingga 28 Februari 2022 adalah ditangguh dahulu tertakluk kepada kelakuan baik pegawai ini selama 12 bulan.

“Jika pegawai ini melakukan apa-apa perlanggaran yang terkandung di dalam Kod Tatatertib FAM dalam tempoh 12 bulan selepas penggantungan pertama, maka hukuman penggantungan satu bulan kedua akan dikuatkuasakan serta-merta terhadap pegawai ini. Keputusan denda boleh dirayu.”

Safiq (kanan) digantung tiga perlawanan.

Dalam pada itu, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim turut dikenakan penggantunggan tiga perlawanan kerana kesalahan melanggar Artikel 50.1 (d) Kod Tatatertib FAM atas tindakannya yang berkelakuan ganas apabila telah memukul dengan menggunakan kepala ke bahagian muka pemain pasukan lawan pada perlawanan Separuh Akhir Kedua TM Piala Malaysia 2021, Johor Darul Ta’zim lawan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 26 November 2021.

Hukuman Safiq berkuat-kuasa serta-merta pada perlawanan rasmi pemain ini yang pertama dan kedua di perlawanan Liga Malaysia (seperti: Liga Super/Liga Premier/Piala Sumbangsih/Piala FA/Piala Malaysia/Challenge Cup) yang berikutnya sama ada musim yang sama atau musim hadapan (tidak termasuk perlawanan persahabatan dan pertandingan bukan kelolaan FAM/MFL/AFL) tanpa mengira mana-mana pasukan pemain ini didaftarkan.

Pemain ini juga adalah diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini boleh dirayu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading