Bola Sepak

Kejuaraan B-23 : Malaysia diundi bersama Indonesia


Oleh : SUBKHI SUDARJI

MALAYSIA dan Indonesia seolah-olah tidak dapat dipisahkan apabila kedua-dua pasukan diundi berada dalam Kumpulan B Kejuaraan B-23 AFF 2020 di Kemboja, Februari depan.

Myanmar dan Laos turut diundi berada dalam kumpulan yang sama dengan Indonesia yang juga merupakan juara bertahan.

Bagi Kumpulan A pula menampilkan Kemboja, Timor Leste, Filipina dan Brunei sementara saingan sengit akan disaksikan dalam Kumpulan C menerusi penyertaan naib juara 2019, Thailand, Vietnam dan Singapura.

Majlis undian berlangsung tengah hari tadi di Singapura dengan turut disertai secara dalam talian oleh Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar dan ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan, Brad Maloney

Hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik akan mengesahkan tiket ke separuh akhir.

Untuk rekod, ini adalah tugasan sulung buat bimbingan Brad Maloney sebelum berdepan tiga lagi kejohanan besar yang akan berlangsung pada tahun depan.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: