Bola Sepak

Piala AFF 2020: “Kami kalah… tak tahu apa nak cakap” – Hang-seo


Aksi pemain Thailand-Vietnam pada perlawanan separuh akhir kedua malam ini. Foto: FB CHANGSUEK

Oleh: SURYATI MOHD NOR

“KAMI kalah dan sekarang tidak tahu apa yang boleh cakap, ” demikian luah Ketua Jurulatih Vietnam Park Hang-seo.

Pasukan Vietnam masih gagal mencari sebarang gol dalam aksi separuh akhir kedua Piala AFF Suzuki 2020 dengan keputusan berkesudahan 0-0 selepas tewas 0-2 dalam aksi pertama dua hari lalu.

“Mengenai masa depan saya tidak boleh fikir buat masa sekarang. Sebagai ketua jurulatih, saya tidak tahu apa yang hendak cakap buat masa ini.

“Untuk keputusan, kami gagal. Vietnam tidak kesampaian untuk ke final. Ia sangat sedih kerana kalah, tetapi terdapat juga sesuatu yang baik buat kami.

“Saya menerima kekalahan kerana telah mencuba yang terbaik,” ujarnya selepas perlawanan.

Park Hang-seo

Kekalahan ini menyaksikan Vietnam selaku juara bertahan terpaksa menerima hakikat dia bukan lagi pasukan No.1 Asean.

“Saya tidak menilainya, tetapi pasukan Vietnam boleh berlawan dengan mana-mana pasukan (dalam zon ini).”

Sebagai rekod, Vietnam merupakan juara 2018 dan 2008.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: