Lain-Lain

Skuasy: Juara Individu Asia Eain Yow 2021 akui perlu lebih kerja keras


Eain Yow mahu menjalani lebih rapi menjelang beberapa temasya penting tahun depan.

PEMAIN skuasy lelaki utama negara, Ng Eain Yow menamatkan musim 2021 dengan sempurna selepas muncul juara Kejohanan Individu Asia 2021, namun masih banyak yang perlu dilakukan bagi menghadapi saingan lebih hebat musim depan.

Pemain di ranking ke-18 dunia itu mahu berlatih bersungguh-sungguh dalam usaha mencipta kejayaan dalam dua temasya tahun depan, Sukan Komanwel (Birmingham) dan Sukan Asia di Hangzhou, China.

“Saya perlu bekerja keras beberapa bulan akan datang dan saya percaya ia akan membuahkan hasil. Dua temasya besar ini adalah keutamaan saya pada 2022 dan saya percaya dapat melakukan yang terbaik apabila tiba harinya,” kongsinya kepada Bernama.

Eain Yow merangkul gelaran juara Individu Asia baru-baru ini. Foto: SRAM

Pemain berusia 23 tahun negara ini mengakui bakal berdepan dengan cabaran sengit pada penampilannya di Sukan Komanwel dengaan penyertaan beberapa pemain hebat seperti Paul Coll dari Kanada (ranking kedua dunia) dan Joel Makin (Wales) yang berada di ranking kelapan dunia.

Pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia, Eain Yow mara ke suku akhir selain membantu skuad negara meraih pingat emas acara berpasukan lelaki di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang, Indonesia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading