Lain-Lain

Ahli Yakeb yang terkesan banjir akan terima bantuan


Malek (kiri) menyerahkan sumbangan dari Yakeb kepada Zakri di rumahnya, sebentar tadi.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SEMUA bekas-bekas atlet kebangsaan yang terkesan akibat bencana banjir diseluruh negara baru-baru ini akan menerima bantuan daripada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

Ahli Lembaga Pengarahnya, Datuk Malek Noor berkata, beberapa senarai nama bekas atlet yang terkesan akibat banjir telah diperolehi dan penyerahan bantuan kini digerakkan sepenuhnya.

“Buat masa ini kami telah mengenalpasti 10 bekas atlet yang terkesan akibat bencana tersebut dan bilangan ini dijangka meningkat memandang buat masa ini terdapat beberapa kawasan yang belum pulih sepenuhnya.

“Untuk hari ini sahaja Yakeb telah mengerakkan bantuan yang dilaksanakan secara berasingan dimana kami di Selangor manakala Pengerusi Yakeb, Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed menyerahkan sumbangan di Johor dan Pahang pula pasukan yang lain.

“Usaha ini akan diteruskan bagi memastikan ahli-ahli Yakeb terus dibantu,” ujarnya ketika mengunjungi dan menyerahkan sumbangan kepada bekas atlet silat negara, Zakri Ibrahim di Taman Sri Tanjung, Semenyih sebentar tadi.

Zakri yang juga mantan presiden Persatuan Bekas Pesilat Negara (PBPN) dan bekas juara Dunia 2000 reda dan menganggap tragedi itu sebagai salah satu ujian Allah kepada hambanya.

“Pada hari kejadian iaitu malam Sabtu, saya dapat kesan apabila pulang dari surau, aliran longkang sudah dinaiki air. Ketika itu, saya melakukan pemeriksaan dan dapati di belah sana sudah dinaiki air.

“Saya terus mengarahkan isteri dan anak untuk mengemas barang. Lebih kurang pada jam 11 malam, air sudah melimpah dan ketika 2 hingga 3 pagi, air sudah naik sehingga paras paha.

“Keesokan harinya, air masih berada di aras sama, tidak bergerak dan statik. Namun bagi saya, ini ujian di mana Allah baru ‘jentik’.

“Kita harus bersabar dan Allah bantu meredakan. Pada Ahad, surut dan kami mula mengemas sehingga Isnin, cuma saya sedih dengan jiran saya yang lebih terkesan. Barang tidak dapat diselamatkan dan saya rasa sedih,” katanya.

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: