Lain-Lain

‘TeamAzizul’ cakna mangsa banjir


Pasukan ‘TeamAzizul’ mengagihkan barangan untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang turut terpanggil untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana banjir di Malaysia.

Menerusi perkongsian laman rasmi FB miliknya, Azizul memaklumkan pasukannya ‘TeamAzizul’ sudah mengagihkan bantuan di beberapa kawasan seperti di Temerloh, Pahang dan Sepang, Selangor.

“Atas rasa bertanggungjawab dan prihatin, kami dari TeamAzizul telah mengambil inisiatif membantu mangsa-mangsa banjir di beberapa tempat seperti Temerloh dan Sepang buat waktu ini.
“TeamAzizul membuat bantuan secara terus kepada mangsa-mangsa dengan bantuan NGO tempatan yang sangat prihatin dan membantu.
“Kami telah menghantar bantuan bahan kering dan minuman serta waterpump untuk memudahkan mereka melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Untuk projek seterusnya, kami cuba menghulurkan bantuan kepada setiap keluarga dengan satu set periuk nasi termasuk satu dapur gas dua pembakar termasuk tilam dan bantal yang memerlukan kos sebanyak RM300 untuk satu keluarga,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, anak kelahiran Terengganu ini mengajak orang ramai untuk menyalurkan sumbangan  membantu insan terkesan akibat banjir ini dengan menyumbang kepada bapa saudaranya, Mohamad Uzir Ahmad di akaun Maybank, 564155553941.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: