Bola Sepak

Piala AFF 2020 : The Lions tempang berdepan Sang Garuda


Oleh : SUBKHI SUDARJI

JUARA Piala AFF empat kali, Singapura sedikit tempang turun pada aksi separuh akhir pertama menentang Indonesia malam ini selepas kehilangan Shakir Hamzah dan Gabriel Quak akibat kecederaan.

Tugas ini pastinya berat bagi tuan rumah yang pastinya mahu melangkah ke pentas final dan meraih gelaran kelima apatah lagi berdepan Indonesia yang memiliki tahap disiplin yang tinggi dan serangan balas berbisa.

Namun pagi pengendali Singapura, Tatsuma Yoshida dia telah memiliki perancangan pemain yang akan menggalas kekosongan posisi berkenaan.

“Kami perlu bersedia untuk berdepan dengan mana-mana lawan dan kami tahu apa yang kami hadapi kerana saya pasti Indonesia akan terus bermain dengan sangat agresif seperti yang mereka lakukan sepanjang kejohanan.

Shakir terpaksa diketepikan pada aksi pertama malam ini, ekoran kecederaan.

“Malangnya kami kehilangan Shakir Hamzah dan Gabriel Quak akibat kecederaan tetapi kami mempunyai cara bermain yang kami percayai.

“Kami perlu mempercayai konsep bagaimana kami mahu bermain dan cuba mengalahkan mereka sebagai satu pasukan.” katanya.

The Lions menamatkan saingan Kumpulan A sebagai naib juara Kumpulan A untuk menempah tempat mereka dalam empat terakhir buat kali pertama sejak 2012 dan ketika mereka berjaya mengelak daripada berdepan juara bertahan, Vietnam yang akan turun malam esok berdepan Thailand.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: