Bola Sepak

Penjaga gol maut selepas berlanggar dengan pemain lawan


Taufik Ramsyah, meninggal dunia selepas dirawat ekoran pertembungan ketika beraksi bersama pasukan (Foto: dok. Instagram Tornado FC)

 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENJAGA gol Tornado FC,  Taufik Ramsyah meninggal dunia di hospital selepas menjalani pembedahan akibat berlanggar ketika menentang Wahana FC dalam perlawanan Liga 3 zon Riau, Indonesia.

Berita duka ini disampikan kelabnya dalam satu kenyataan di Instagram memaklumkan Taufik mengalami kecederaan parah di kepala selepas bertembung dengan pemain lain ketika memperkuatkan pasukannya.

“Innalillahiwainnaillaihirojiun. Berita duka, Taufik Ramsyah telah meninggal dunia. Lahir: Banjar Padang, 12-05-2001. Meninggal dunia: Pekanbaru, 21-12-2021.”

“Penjaga gol berusia 20 tahun itu meninggal dunia selepas dirawat akibat berlanggar ketika menentang pasukan Wahana FC, 18 Disember lalu.

“Kini Taufik telah meninggalkan kita semua dengan semangat, mesej dan bukti untuk sukan dan kerjaya ini,” ujar kelab berkenaan.

Perlawanan berlangsung di Stadium Universiti Riau. Taufik pengsan selepas terlanggar kepala pemain lawan dan segera dikejarkan ke hospital.

Selepas pembedahan, Taufik terus tidak sedarkan diri sehingga akhirnya disahkan meninggal dunia, semalam.

Perlawanan antara Tornado FC dan Wahana FC berkesudahan 4-1. Kemenangan itu membawa Tornado FC layak ke final Liga 3 Zon Riau, walaupun akhirnya tewas kepada PS Siak dalam perlawanan akhir.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: