Bola Sepak

Aksi Harimau Malaya ‘di hujung jari’ jurulatih Indonesia


BEGITU mudah pasukan Indonesia mencari kelemahan pasukan Malaysia pada aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2020 Ahad lalu.

Ia dibuktikan dengan rakaman ‘perbincangan pasukan’ di bilik persalinan yang menyaksikan ketua jurulatih Garuda iaitu Shin Tae-yong menilai seorang demi seorang pemain-pemain negara, sekaligus punca mereka meraih kemenangan 4-1 ke atas Harimau Malaya.

Pemain pertama yang disebut Tae-yong adalah Dion Cools.

“Nombor 2 (Dion Cools) baru saja datang, ia mudah capek (penat).”

 

Pemain yang beraksi dengan kelab FC Midtjylland dalam saingan Liga Denmark tiba di Singapura pada Rabu lalu dan menyertai latihan Harimau Malaysia sehari selepas itu.

Tae-yong juga menyebut No.5 dan 8 (Junior Eldstal dan Baddrol Bakhtiar) bahawa kedua pemain-pemain ini tidak mempunyai kelajuan.

“Drible sekali, ajak sprint sudah pasti lewat.”

Aksi pemain Indonesia dan Malaysia. Foto: AFF

Lebih daripada itu, pengendali dari Korea Selatan itu seakan sudah hadam dengan rentak permainan setiap pemain negara dengan mendedahkan kelemahan-kelemahan di bahagian kiri.

Malah dia juga turut menyuruh pemain-pemainnya bermain secara agresif.

Terbongkarnya video ini, menyaksikan betapa gerak geri atau prestasi pemain-pemain negara hanya di hujung jari pasukan Indonesia.

Video berdurasi 1:19 saat itu menjadi viral di media sosial.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: