Bola Sepak

Hadiah ‘rileks’ Madam Pang buat pasukan Thailand bukan calang-calang


Madam Pang bersama hadiah-hadiah untuk pemain-pemainnya. Foto: FB CHANGSUEK

MEMAHAMI tekanan yang dihadapi sepanjang kempen Piala AFF Suzuki 2020 sehingga bergelar juara Kumpulan A, pengurus pasukan Thailand Nuanphan Lamsam ada cara tersendiri menenangkan pemain-pemainnya.

Nuanphan atau digelar ‘Madam Pang’ mengadakan aktiviti rileks bersama pasukannya bagi menghilangkan tekanan sepanjang aksi sengit peringkat kumpulan dan bakal bermain untuk saingan separuh akhir bertemu Vietnam esok.

Berkongsi di Facebook rasmi Persatuan Bolasepak Thailand (Changsuek), Madam Pang mengadakan cabutan bertuah untuk pemain-pemainnya yang ternyata bukan calang-calang hadiah.

Antaranya kelihatan adalah beg tangan berjenama Chanel, Prada, Christian Dior, Iphone serta jam tangan mewah dan sebagainya.

Hadiah-hadiah ini pastinya memberi sedikit sebanyak kegembiraan kepada skuad Gajah Putih ini sebelum turun berjuang.

Sementara itu, kelibat Madam Pang dalam dunia bola sepak Thailand bukan asing lagi selepas pernah menguruskan skuad wanita dalam aksi Piala Dunia sebelum ini.

Malah ahli perniagaan ini juga merupakan pemilik dan pengerusi kelab Liga Thai, Port FC.

Selain itu, pemain-pemain juga mendapat suntikan semangat ‘ekstra’ apabila Presiden Persatuan Bolasepak Thailand, Somyot Poompanmoung menjanjikan bonus peribadi sebanyak 10 juta bath (RM1.3 juta) kepada pasukannya sekiranya berjaya ke pentas akhir.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: