Bola Sepak

Dollah berdepan detik cemas terperangkap ketika banjir


PENGENDALI Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam banjir yang melanda Kuantan, Ahad lalu.

Kejadian itu berlaku ketika dia yang ingin pulang ke Kuala Lumpur melalui jalan berdekatan Sungai Soi, Kuantan di mana paras air secara tiba-tiba semakin naik memaksa dia dan seorang rakannya keluar daripada kereta yang dipandunya.

Berkongsi kepada MFL, Dollah memberitahu kereta yang dipandunya rosak teruk kerana dinaiki air namun Dollah tetap bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri dalam insiden itu.

“Saya sebenarnya dari Lanjut bersama rakan dan ingin pulang sekitar dalam jam pukul 5 petang, jadi pada mulanya saya redah sahaja jalan di Tanjung Lumpur.

“Laluan kedua pula berdekatan Sungai Soi, laluan simpang ke arah Pekan yang pada mulanya nampak macam tiada apa-apa, jadi saya meneruskan perjalanan macam biasa.

“Tetapi tidak sangka makin lama makin dalam air sehingga sudah memasuki kereta, dan kami tidak dapat berbuat apa-apa langsung selepas itu, nasib baik ada orang awam lain yang datang membantu.

“Saya duduk situ daripada jam 6 petang hingga 11 malam baru ada orang datang tunda kereta, dan saya boleh cakap kereta memang musnah sepenuhnya,” jelasnya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d