
SEHARI selepas kekalahan memalukan di tangan Indonesia, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tampil mengumumkan bahawa menerima tanggungjawab sepenuhnya kegagalan pasukan kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura.
Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin, mengarahkan pengurusan pasukan kebangsaan untuk mengemukakan laporan bedah siasat dan analisis lengkap mengenai prestasi Harimau Malaya sepanjang kempen di Singapura kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan dalam masa terdekat.
Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, laporan bedah siasat itu akan diteliti oleh Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan sebelum dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kelak.
Pasukan kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe mencatat dua kemenangan – ke atas Laos dan Kemboja tetapi tewas kepada Vietnam dan Indonesia yang menafikan mereka tempat ke separuh akhir.
Kegagalan ini menyamaikan rekod pencapaian skuad negara yang tersingkir peringkat kumpulan pada edisi kedua 1998, 2008 dan 2016.






Add Comment