Bola Sepak

Hilal Bassam dalam radar Harimau Kumbang


Hilal Bassam El-Helwe

Oleh: AMMAR HAZIQ

PASUKAN yang berpangkalan di utara, Penang FC dilaporkan kini sedang berusaha untuk mengikat penyerang tinggi lampai dari Lubnan, Hilal Bassam El-Helwe dari kelab Al-Ahed.

Penyerang Al-Ahed itu difahamkan bersetuju untuk menandatangani kontrak bersama Penang FC untuk kuota Asia pada musim 2022.

Hilal Bassam adalah pemain yang dilahirkan di Jerman namun mendapat kerakyatan Lubnan, mempunyai ketinggian 1.86 meter dilihat bakal menguatkan lagi jentera serangan Harimau Kumbang sekiranya usaha untuk membawanya ke Liga Malaysia membuahkan hasil.

Penyerang itu tidak asing buat penyokong bola sepak di negara ini kerana dia muncul watak yang membantu Lubnan menewaskan Malaysia 2-1 hasil jaringan lewatnya pada aksi akhir Kelayakan Piala Asia 2019 Kumpulan B.

Sekiranya persetujuan dua pihak dapat dicapai, penyerang berusia 27 tahun itu bakal mengisi kuota Asia dan menjadi pemain import keempat yang diikat oleh Penang FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2022.

Tinjauan Cakap Sukan di laman Facebook Penang FC mendapati kelab tersebut sudah mengumumkan beberapa pemain tempatan baharu yang menyertai pasukan tersebut namun kelibat mengenai pemain import tersebut masih belum kelihatan setakat ini.

Bagaimanapun beberapa laman Facebook penyokong pasukan Pulau Pinang seperti Penang BPK dan Penang Brotherhood turut memuatkan perkara tersebut yang seakan-akan Hilal Bassam bakal diumumkan sebagai pemain pasukan tersebut tidak berapa lama lagi.

Jika perkara ini menjadi realiti, jentera serangan Harimau Kumbang perlu diberikan perhatian lebih oleh pihak lawan kerana Hilal Bassam bakal bergandingan dengan Anselmo Arruda Da Silva (Casagrande) yang diakui ketajamannya dalam Liga Malaysia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: