Bola Sepak

Liga Malaysia 2022 : Yazan benteng terbaharu Merah Kuning


PEMAIN pertahanan pasukan kebangsaan Jordan, Yazan Al-Arab secara rasmi diumumkan sebagai pemain import terbaru pertama Gergasi Merah untuk menghadapi saingan Liga Malaysia bagi musim 2022.

Berasal dari Russeifa, Jordan, pemain ini telah membuat penampilan pertama bersama pasukan negara kelahirannya pada 29 Ogos 2017 sewaktu usianya 21 tahun dan berjaya membuat sebanyak 24 perlawanan sehingga kini.

Berusia 25 tahun, pemain tengah ini dilihat mampu memberi impak kepada barisan pertahanan dengan kelebihan yang dimilikinya.

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner berkata, dia telah melihat perlawanannya bersama pasukan Jordan pada bulan Oktober dan sangat kagum dengan prestasinya.

“Dari situ, kami (barisan kejurulatihan Selangor FC) memerhatinya dengan sangat dekat dan kami memulakan perbualan secara peribadi sehingga perjanjian ditandatangani olehnya.

“Yazan telah bermain dalam bola sepak peringkat tertinggi bersama kelab dan pasukan kebangsaannya. Beliau mempunyai fizikal yang kuat dan sangat bagus di udara.

“Beliau seorang bek tengah dengan kekuatan kaki kiri dan ini dilihat mampu menambah kekuatan barisan pertahanan tengah yang kebanyakan lebih dominan dengan kaki kanan. Beliau akan menjadi watak baharu yang menarik dalam pasukan ini,” ujarnya menerusi kenyataan rasmi pasukan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: