Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Kehadiran Akhyar, Faisal tepat pada masanya – Cheng Hoe


Akhyar mula menjalanii sesi latihan bersama rakan sepasukan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menyifatkan kehadiran semula Akhyar Rashid dalam sesi latihan skuad negara adalah tepat pada masanya ketika pasukan bakal berdepan cabaran hidup dan mati menentang Indonesia, malam esok.

Tegasnya, kehadiran Akhyar dan Faisal Halim yang bakal membuat penampilan pertama memberi lebih banyak pilihan buatnya dalam mempertaruhkan jentera serangan terbaik.

“Tepat pada masanya semua pemain ada bersama pasukan kecuali Shahrul Saad dan Aidil (Zafuan Abd Radzak). Kami akan terus analisa perlawanan Indonesia dan mereka juga pasti lakukan perkara sama.

“Kita tidak tahu Indonesia akan bermain bertahan atau pun menyerang. Paling penting, pemain perlu kreatif dalam mencipta peluang dan kena lebih klinikal (menjaringkan gol).

“Pemain juga perlu lebih fleksibel kerana transisi Indonesia cukup laju. Dapat gol awal atau pun tidak, kita juga perlu fokus ketika bertahan,” katanya ketika sidang media secara maya, hari ini.

Perlawanan malam esok adalah aksi terakhir peringkat Kumpulan B dengan Indonesia hanya memerlukan keputusan seri untuk mara ke separuh akhir manakala Malaysia pula perlu menang seandainya berhasrat berada dalam kelompok empat terbaik.

> Rekod Pertemuan Malaysia-Indonesia

November 2019 (kelayakan Piala Dunia) Malaysia 2 Indonesia 0

September 2019 (kelayakan Piala Dunia) Indonesia 2 Malaysia 3

September 2016 (persahabatan) Indonesia 3 Malaysia 0

September 2014 (persahabatan) Indonesia 2 Malaysia 0

Disember 2012 (Piala AFF) Malaysia 2 Indonesia 0

Disember 2010 (Piala AFF) Indonesia 2 Malaysia 1

Disember 2010 (Piala AFF) Malaysia 3 Indonesia 0

Disember 2010 (Piala AFF) Indonesia 5 Malaysia 1

 

 


Add Comment

Click here to post a comment