Bola Sepak

Piala AFF 2020: “Singapura belum di tahap terbaik, tapi menang dua kali”


Pasukan Thailand menyasarkan kemenangan ke atas Singapura pada aksi terakhir Kumpulan A esok. Foto: FA THAILAND

Oleh: AMMAR HAZIQ

THAILAND menyasarkan untuk bergelar juara Kumpulan A Piala AFF Suzuki 2020 dengan menjinakkan pasukan tuan rumah, Singapura pada Sabtu ini sebagai pemangkin semangat untuk menghadapi peringkat separuh akhir kejohanan tersebut.

Memetik kenyataan Persatuan Bolasepak Thailand (FA Thailand) dalam Facebooknya rasminy\, aksi terakhir kumpulan tersebut disifatkan sebagai penting buat Gajah Perang yang berharap kembali merampas kejuaraan daripada juara bertahan, Vietnam pada edisi kali ini.

Menurutnya, keyakinan para pemainnya akan meningkat pada peringkat separuh akhir sekiranya berjaya mengatasi tuan rumah dan keluar sebagai juara Kumpulan A tanpa sebarang kekalahan.

“Perlawanan bertemu Singapura adalah sangat penting bagi menentukan juara kumpulan. Kami perlu cuba memastikan keyakinan pasukan berada pada tahap yang baik sebelum perlawanan dan juga sebelum aksi separuh akhir. Kami perlu menang.

“Selepas menyaksikan aksi Singapura, mereka masih belum beraksi pada tahap yang baik tapi tetap memenangi dua perlawanan awal . Mereka juga mempunyai kelebihan kerana beraksi di laman sendiri selain mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada penyokong setia,” katanya.

Setakat ini Thailand berada di kedudukan teratas Kumpulan A dengan sembilan mata selepas mengatasi Timor Leste 2-0, Myanmar 4-0 dan juga Filipina 2-1.

Singapura pula di tangga kedua juga dengan sembilan mata selepas menewaskan Myanmar 3-0, Filipina 2-1 dan Timor Leste 2-0.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: