Bola Sepak

Liga Malaysia 2022 : Sam pilih Selangor FC


Samuel Somerville diperkenalkan secara rasmi menyertai Selangor FC musim depan

PENJAGA gawang Penang FC, Samuel Somerville secara rasmi sah menyertai Selangor FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2022.

Berdarah kacukan kelahiran Malaysia-England, berusia 27 tahun itu diumumkan secara rasmi sebagai penjaga gawang terbaru Gergasi Merah hari ini.

Menerusi kenyataan rasmi Selangor FC, Somerville berasal dari Farnborough, England dan melakar nama dalam Liga Malaysia pada tahun 2016 sewaktu usianya 21 tahun.

Mesra dengan panggilan Sam, nama beliau mula menjadi bualan apabila menjadi salah seorang tonggak utama yang membantu pasukan Penang FC menjuarai Liga Premier 2020 sekaligus melayakkan mereka ke Liga Super musim 2021.

Beliau kemudian berjaya mendapatkan panggilan kebangsaan pertamanya bersama Harimau Malaya pada bulan Mei 2021 susulan aksi yang mengagumkan bersama kelabnya dalam saingan Liga Super musim tersebut.


Jelas Sam, dia melihat Selangor FC merupakan destinasi seterusnya untuk mencapai kejayaan bersama untuk musim 2022.

“Apabila anda bercakap tentang bola sepak di Malaysia, saya rasa Selangor FC merupakan antara pasukan pertama yang akan disebut.

“Jadi, saya faham betapa besarnya makna bermain untuk kelab ini. Saya tahu Selangor FC mempunyai cita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan musim hadapan dan ianya sama seperti apa yang saya mahukan.

“Kami mahu mencapai kemenangan bersama,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: